Ke mana Miesha@Mia WildKatZ Menghilang??

0
Perkembangan Miesha@Mia Wildkatz
masih kah anda ingat lagi kewujudan kumpulan Wildkatz?ERA 90-an lalu, kebanyakan artis wanita muncul secara berkumpulan di persada industri hiburan tanah air seperti Feminin,Elite dan Eva.


Begitu juga dengan kumpulan Wildcatz yang dianggotai enam orang gadis remaja yang pernah popular dengan lagu Benar-Benar. Kini,Wildcatz sudah berkubur.



Bagaimanapun,semangat dan kecintaan salah seorang anggota kumpulan Wildcatz iaitu(Miesha) Shariffah Hamimah binti Syed Hassan,terhadap bidang seni masih jelas terpancar di hati.
Di tanya kemana misha atau mia ini menghilang?

Misha @ mia menjawab,
"Misha wildkatz mungkin menghilang namun,jiwa mia terhadap bidang seni ini tidak pernah hilang.."
Tambah mia lagi,. "Mia kini berada di Luar Negara kerana ada sesuatu yang bakal mia war war kan kepada semua dalam tempoh terdekat.."
Penulis bertanya tentang Album baru solo nya pada tahun lepas,apa perkembangannya?
Mia mengulas,.
"Oh ya!tentang perancangan album baru yang lepas,mia menghadapi sedikit kesulitan namun inn sha Allah  Mia pasti akan war warkan perkembangan terkini mengenai perjalanan seni mia.."
Beliau berkata lagi,
"Mia amat merindui peminat peminat mia,bila tiba masa,.mia akan menemui anda kembali,di harap peminat peminat mia akan terus memberi sokongan terhadap mia.."
Sementara itu mia yang kini berada di Luar Negara ketika di hubungi berkata,bukan mudah menjadi anak seni,pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa di tempuhi demi bergelar anak seni,dan itu tidak sedikit pun menjatuhkan semangat beliau dalam industri seni.
Satu ketika dahulu,para peminat mia wildkatz di kejutkan dengan berita bahawa beliau telah di santau.
"Bagi mia,itu pengalaman yang cukup perit,dan mia jadikan ia sebagai pengajaran supaya lebih berhati hati,."
Malah mia juga pernah di tipu beberapa individu yang tidak bertanggungjawab.
"Bagi mia,.itu lumrah manusia,mereka boleh lakukan apa sahaja,tapi Allah lebih Maha Berkuasa,biar Allah yang membalas segalanya,mia hanya mampu berdoa dan redha akan segala ketentuan dari Nya.."
Ujar miesha wildkatz @mia mengakhiri perbualan.
Kami di Portal Online Oh!Pilihanku sentiasa menyokong karier Mia wildkatz,Nantikan update terbaru dari Miesha@mia Wildkatz di entry akan datang,hanya di Blog Portal Online Oh!Pilihanku.
Info:Blog portal online menjalin kerjasama dengan setiap perkembangan Mia WildkatZ.


PILIHAN ABAM SADO NO 1